Saturday, December 28, 2019

TERIMA KASIH UNTUK 500 ‘LIKE’



‘Suka’ di halaman Facebook sebenarnya adalah sesuatu yang penting kerana membawa satu tanda aras kepada orang luar berapa ramai yang mengetahui tentang kewujudan Page anda.

Satu lagi teori yang kita boleh pertimbang guna untuk pakai juga adalah jumlah like bersamaan dengan nilai sumbangan atau tajaan yang anda layak dapat. Kenapa? Ianya adalah jumlah yang sama bagaimana jenama atau syarikat yang memberi sumbangan atau tajaan itu boleh kelihatan di media sosial sesebuah Page.

Pada zaman teknologi serba canggih ini kita seharusnya memanfaatkan sepenuhnya kemajuan ini untuk meningkatkan jenama Page di mata orang lain. Bermula dengan melaksanakan perkara yang percuma iaitu Facebook dan Instagram.

Bermula dengan meraih sokongan komuniti setempat dan juga kalangan keluarga semua pelayar anda. Selepas itu perlahan-perlahan dapatkan perhatian pihak yang lebih berkepentingan. Anda akan melihat sesuatu positif akan berlaku terhadap reputasi Page anda.

Jom,kita bekerja keras dapatkan like untuk halaman anda masing-masing. Percuma dan sangat mudah!




Friday, December 27, 2019

Zii Jia tak sabar mulakan kempen musim 2020


SELEPAS menikmati sesi rehat sebelum ke Ehime, Jepun untuk menjalani kem latihan, pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia semakin bersedia untuk memulakan kejohanan pembukaan musim baru iaitu Perodua Malaysia Masters 2020.
Kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF HSBC yang menawarkan wang tunai ke seluruhan USD 400 000 akan diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil dari 7-12 Januari, menarik minat jaguh jaguh dunia yang sedang giat memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann menjelaskan sudah tiba masanya untuk Zii Jia yang menamatkan tahun 2019 dengan noktah kejayaan selepas memenangi pingat emas perseorangan lelaki ketika di Sukan SEA 2019 di Filipina untuk mempamerkan kemampuan sebenarnya.
Pemain berusia 21 tahun ini berdepan cabaran dalam aksi pembukaan apabila dijadual berdepan pilihan ketiga yang juga pemain ranking keempat dunia, Anders Antonsen dari Denmark. Untuk rekod, Zii Jia tewas dalam dua pertemuan di peringkat suku akhir di Indonesia dengan Antonsen tahun ini.
Zii Jia tewas straight set 13-21, 13-21 ketika saingan Daihatsu Indonesia Masters pada penghujung Januari disusuli kekalahan kedua 16-21, 11-21 di Terbuka Indonesia.
“Dia akan berdepan dengan lawan yang sengit, tetapi saya juga mengharapkan permulaan yang baik olehZii Jia selepas Berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA. Ianya merupakan suntikan moral untuknya dalam persiapan dan menjangkakan sebarang kemungkinan.
“Zii Jia perlu belajar dan memahami situasi di kejohanan yang lebih besar. Sudah tiba masanya untuk beliau menunjukkan potensi diri apatah lagi beraksi di depan penyokong sendiri,” kata Choong Hann.
Zii Jia pernah berada di ranking 11 dunia.
Zii Jia kini menghuni ranking ke 14 dunia, kembali ke kampung halamannya di Alor Setar untuk berehat seketika dan ‘menumpukan’ seketika terhadap bola keranjang. Kedua orang tuanya, Lee Chee Hin dan Low Siet Peng merupakan bekas guru dan pernah bermain bola keranjang di pentas antarabangsa.
Bagi Zii Jia, berehat seketika daripada badminton memberinya kelegaan dan ketenangan sebelum mengharungi musim baru dan namanya bakal menjadi tumpuan selepas bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang telah bersara susulan masalah kesihatan.
Pemain kelahiran Kedah itu memenangi pingat emas di Sukan SEA ke 30 selepas menundukkan Loh Kean Yew dari Singapura straight set 21-18, 21-18 dipentas final. Beliau juga merangkul pingat perak dalam acara berpasukan lelaki.
Beliau yang pernah meraih ranking tertingginya, ke-11 dunia memulakan karier sebagai pemain badminton ketika berusia enam tahun selepas ayahnya membawanya ke sebuah kelab badminton di kampong halamannya.
Minatnya semakin mendalam dan berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Remaja Dunia pada 2016 dimana beliau tewas kepada pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di pentas separuh akhir.
Zii Jia juga mara ke pentas final Siri Antarabangsa India (International Series) pada tahun yang sama namun tewas kepada wakil tuanrumah, Lakshya Sen.
Zii Jia akhirnya merangkul trofi sulungya selepas menang ke atas rakan sepasukan Soong JooVen 21-17, 21-16 di Kejuaraan Antarabangsa Poland.
Pada 2018, beliau melakar rekod tersendiri dalam kariernya selepas muncul jara di kejohanan bertaraf Super 300, Terbuka Taiwan.
Zii Jia menundukkan pilihan tuan rumah, Chou Tien Chen di semifinal sebelum mengesahkan status sebagai juara selepas mengalahkan wakil Jepun, Riichi Takeshita 21-17, 16-21, 21-11 untuk meraih gelaran juara dalam BWF Jelajah Dunia.
Sepanjang 2019, Zii Jia mara ke suku akhir di kejohanan Malaysia Masters, Indonesia Masters dan Terbuka Jerman dan berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Thailand.
Ketika saingan Kejuaraan Dunia di Basel, Switzerland pada Ogoslalu, Zii Jia melangkah sehingga suku akhir sebelum tewas ke pada juara dari Jepun, KentoMomota.
Datuk Lee Chong Wei mengangkat nama Lee Zii Jia sebagai jaguh dalam pembikinan selepas membantu Malaysia meraih pingat gangsa di Kejuaraan Berpasukan Badminton Asia pada 2018 di Alor Setar.
Zii Jia juga pernah mengejutkan beberapa nama besar dalam badminton seperti Cheng Long dari China dan bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Meskipun diselubungi dengan prestasi tidak menentu, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann tetap yakin Zii Jia mampu mengharunginya.
Pemain pemain kebangsaan kini sedang berada di Ehime, Jepun sejak Ahad lalu.

Tuesday, December 24, 2019

Real Madrid kena juara La Liga 2020





Kesebelasan utama Real Madrid ketika melawan Club Brugge. Foto: AP Photo


Presiden Real Madrid, Florentino Perez mahu tahun 2020 melihat pasukannya bergar juara La Liga.

Kata-kata diterbitkan oleh Perez ada benarnya kerana2019 bukanlah saat yang bagus untuk Real Madrid.

Los Blancos tidak mampu mencapai prestasi terbaik mereka di musim 2018/2019. Madrid juga gagal di La Liga dan Liga Juara-Juara.

Selaruh pertama 2019 dilalui dengan banyak cerita buruk bagi Real Madrid. Silih berganti pengurus hinggah akhirnya Zinedine Zidane kembali dan selepas itu perjalanan kelab ibu kota Sepanyol itu berjalan cukup baik.

Kembalinya Zinedine Zidane membawa impak positif bagi Real Madrid, walau tidak secara tetal. Pelan tetapi pasti, Real Madrid mulai menemukan konsistensi permainan dan kini tengah bersaing di puncak liga La Liga dengan Barcelona.

Real Madrid menutup 2019 dengan berada di posisi kedua La Liga 2019/2020. Real Madrid hanya dibezakan dua mata di belakang Barcelona yang berada di puncak liga. Madrid juga layak ke Pusingan 16  Liga Juara-Juara musim ini.

Florentino Perez tentu teruja dengan pencapaian tersebut. Kerana itu, pada Hari Natal ini dan menjelang tahun baru, Florentino Perez berharap tahun 2020 membawa berita yang bagus untuk pasukannya.

"Pada tahun yang baru ini saya mohon kesihatan, pekerjaan dan kebahagiaan bagi semuanya. Kami ingin tahun 2020 nantinya menjadi tahun yang penuh dengan sukses dan bergelar juara," ucap Perez yang dipetik dari laman rasmi Real Madrid.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, juga mempunyai harapan yang sama dengan Florentino Perez. Zidane ingin memastikan rekod cemerlang Real Madrid diteruskan dalam semua perlawanan dilalui selepas ini.

"Memberikan yang sebaik mungkin agar para penyokong kami dapat berasa bangga.

"Saya tidak akan meminta hal lainnya kerana kami semua sangat bersemangat dengan apa yang sedang kami lakukan dan itu adalah yang paling penting bagi seorang jurulatih," jelas Zidane yang berusia  46 tahun tersebut.

Sumber: Real Madrid



Selamat datang Akmal Rizal ke Pulau Pinang

Tahniah Akmal Rizal 14. Semoga maju jaya. Haria Penang Haria.


#inilahsport