Saturday, December 28, 2019

TERIMA KASIH UNTUK 500 ‘LIKE’



‘Suka’ di halaman Facebook sebenarnya adalah sesuatu yang penting kerana membawa satu tanda aras kepada orang luar berapa ramai yang mengetahui tentang kewujudan Page anda.

Satu lagi teori yang kita boleh pertimbang guna untuk pakai juga adalah jumlah like bersamaan dengan nilai sumbangan atau tajaan yang anda layak dapat. Kenapa? Ianya adalah jumlah yang sama bagaimana jenama atau syarikat yang memberi sumbangan atau tajaan itu boleh kelihatan di media sosial sesebuah Page.

Pada zaman teknologi serba canggih ini kita seharusnya memanfaatkan sepenuhnya kemajuan ini untuk meningkatkan jenama Page di mata orang lain. Bermula dengan melaksanakan perkara yang percuma iaitu Facebook dan Instagram.

Bermula dengan meraih sokongan komuniti setempat dan juga kalangan keluarga semua pelayar anda. Selepas itu perlahan-perlahan dapatkan perhatian pihak yang lebih berkepentingan. Anda akan melihat sesuatu positif akan berlaku terhadap reputasi Page anda.

Jom,kita bekerja keras dapatkan like untuk halaman anda masing-masing. Percuma dan sangat mudah!




No comments:

Post a Comment