Tuesday, December 24, 2019

Real Madrid kena juara La Liga 2020





Kesebelasan utama Real Madrid ketika melawan Club Brugge. Foto: AP Photo


Presiden Real Madrid, Florentino Perez mahu tahun 2020 melihat pasukannya bergar juara La Liga.

Kata-kata diterbitkan oleh Perez ada benarnya kerana2019 bukanlah saat yang bagus untuk Real Madrid.

Los Blancos tidak mampu mencapai prestasi terbaik mereka di musim 2018/2019. Madrid juga gagal di La Liga dan Liga Juara-Juara.

Selaruh pertama 2019 dilalui dengan banyak cerita buruk bagi Real Madrid. Silih berganti pengurus hinggah akhirnya Zinedine Zidane kembali dan selepas itu perjalanan kelab ibu kota Sepanyol itu berjalan cukup baik.

Kembalinya Zinedine Zidane membawa impak positif bagi Real Madrid, walau tidak secara tetal. Pelan tetapi pasti, Real Madrid mulai menemukan konsistensi permainan dan kini tengah bersaing di puncak liga La Liga dengan Barcelona.

Real Madrid menutup 2019 dengan berada di posisi kedua La Liga 2019/2020. Real Madrid hanya dibezakan dua mata di belakang Barcelona yang berada di puncak liga. Madrid juga layak ke Pusingan 16  Liga Juara-Juara musim ini.

Florentino Perez tentu teruja dengan pencapaian tersebut. Kerana itu, pada Hari Natal ini dan menjelang tahun baru, Florentino Perez berharap tahun 2020 membawa berita yang bagus untuk pasukannya.

"Pada tahun yang baru ini saya mohon kesihatan, pekerjaan dan kebahagiaan bagi semuanya. Kami ingin tahun 2020 nantinya menjadi tahun yang penuh dengan sukses dan bergelar juara," ucap Perez yang dipetik dari laman rasmi Real Madrid.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, juga mempunyai harapan yang sama dengan Florentino Perez. Zidane ingin memastikan rekod cemerlang Real Madrid diteruskan dalam semua perlawanan dilalui selepas ini.

"Memberikan yang sebaik mungkin agar para penyokong kami dapat berasa bangga.

"Saya tidak akan meminta hal lainnya kerana kami semua sangat bersemangat dengan apa yang sedang kami lakukan dan itu adalah yang paling penting bagi seorang jurulatih," jelas Zidane yang berusia  46 tahun tersebut.

Sumber: Real Madrid



No comments:

Post a Comment